29.4.11
Paper Final
18.3.11
BerSiN dan MenGuaP...

Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.
Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qudsi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”
Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”
Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya'ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: ‘yahdikumullah wa yuslihu balakum.’”
Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendoakan mereka dengan rahmat.
dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendoakannya dengan mengucapkan yarhakumullah.
Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.
Dari al-Barra' bin 'Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan, menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).
Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.
Selain daripada bersin, ana nak kongsi dengan para pembaca tentang menguap (tatha'ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit. Perbuatan ini juga telah menjadi suatu tabiat bagi seseorang kerana dengan mengeluarkan bunyi "ha" dan tidak menutup mulut dapat melegaan keletihan.
Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.
sampai di sini sajalah perkongsian ana..J"auhkan daripada sebarang maksiat dan tinggalkan segala kemungkaran"...wallahu`alam.
21.2.11
Dah Mengundi..^_^
20.2.11
Mari Mengundi. . .
25.12.10
GFC: Get Fresh Camp 4 ~part 1
21.11.10
Tag from farhah =))
Tak pernah main tag-tag ni. Ni first time. Farhah yg ajar..Hehe..Tapi sorry lah sangat-sangat ye fa. Sebab lambat. Maafkan patik. Haha..dah start mencarut. Oklah nah lah..
1. Apa benda yang penting dalam hidop korang?
Petunjuk.
Makanan=))
2. Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Nasik lauk ayam goreng + sayur kacang. Tapi bukan duit saya..duit parents. Saya tak kerja lagi..hehe
3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
kat Rumah. Haha.. Tema? kaler ke? putih kot..suci. Hehe..
4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Bercinta tu apa? Hahaha
5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Kekasih takde. Macam mana nak tau. Haha..
6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?
Nak kena jumpa ke? Hahaha..
7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Majalah..solusi. Tu pon tak habis baca lagi..Hehe
8. Apakah nama penuh korang?
Fa, tak tau lagi ke? oklah..
Sarah Qistina binti Azhar
9. Antara mak dan ayah,yang mana korang lebih mesra?
Tak tahu..mak bila nak story mory, mintak something..ayah bila nak mintak izin, and final decision sama ada benda yang mintak kat mak td diluluskan ke x..Hahaha..
10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah.
future husband..^_^"
11. Adakah korang basuh baju sendiri?
Mestilah. Ingat ade ke orang yg sudi nak masukkan baju2 aku dalam mesin basuh? Hahaha..xde kan? Tu kalau kat uni. Tapi kalau kat rumah, selalunya umi yang basuhkan..mestilah guna mesin kan..hehe..bukan malas ok..tapi bila nak basuh je, tgk baju dah hilang..Hehehe..Thanks umi..Luv u..
12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Mekah dan Madinah ^_^ (doakan saya)
13. Pilih salah satu,peluk atau cium?
Peluk
14.5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
- Tafsir Al-Quran
- Makanan (termasuk dalam benda kan? sebab makanan bukan org..)hehe
- Air (pon benda jugak kan? kalau ade makanan, xde air, tersedak karang) lagipon dah merasa pikul air kat tangki bawah [kat uni] sebab ketiadaan air..Sayangi air..Hehe
- Laptop.
- Handphone.
15.5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
- InshaAllah-Maher Zain
- For the rest of my life- Maher Zain
- Awaken-Maher Zain
- Cinta Pertama- Far East
- Anak Soleh- Aeman
16. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
17 Disember 1991. Sambut kat matrik. Dalam bilik dengan rumet. Mereka buat surprise. Tu pon lagi beberapa jam nak masuk tarikh lain. Huhu..Tapi sgt best. Mereka buat kek buatan sendiri. Aiskrim kek. Best3..Rindu korang..
17. 6 orang blogger yang korang nk tag.
- Wani Rosli
- Nur Liyana
- Nadia Dscarnia
- Gazos
- Azizan
- Syawal
18. cerita sikit bloger yang pertama korang tag.
OH..itu adalah Best Friend saya! Dia sangat baik. Sayang u Wani..
Sekian,
Wassalam..
