25.12.10

GFC: Get Fresh Camp 4 ~part 1


Assalamualaikum..
Pada tanggal 10 hingga 13 Disember lepas, aku bersama kawan2 ku, Atikah, Syahira dan Lina menyertai kem anjuran Kolej Kediaman Tun Fatimah (KKTF). (tiba-tiba macam buat karangan periksa pulak kan..) Ok..Sambung balik..

Aku start cerita dari sebelum kteorg berangkat. Aku habis final kan 3 Dis lepas. So, sementara nak tunggu 10 Dis, tak kanlah aku nak tunggu je kat uni kan. Jadi, aku decide lah untuk balik rumah dulu. Lagipon, aku nak ikut family aku gi kl. Sebab pakcik (abang mak aku) telah pulang daripada menunaikan haji. Sajalah kteorg datang melawat.( Tapi cerita ni takde kena mengena pon dengan heading kat atas ni kan) -abaikan je. Hahaha..

Oklah..Sambung balik. Sebenarnya, kteorg bertolak malam 10 Dis tu. Oh ya..bertolak ke mana ek? Tak cerita pon dari tadi. Kem ni sebenarnya kat Perak. Nur lembah Lenggong. Sebenarnya kan, mula2 aku dapat tau kem ni, ada kakak ni foward message kat aku. Then, macam ada kuasa magnet, aku terus tertarik untuk join kem ni. Mula2 memanglah aku fikir takde kawan. Aku siap balas mesej akak tu lagi cakap yang aku nak join, tapi takde kawan. Then, akak tu reply. Dia cakap, "takpe dik, nanti kat sana ramai kawan". Huhu..Tapi aku nak kawan yang aku dah kenal and boleh masuk. Masuk ape wey Sarah..Hahaha..Ngarut. Masa bayar duit kem ni kan, RM10-(untuk t-shirt=murah kan?) akak tu cakap memang suka camping ke? (mungkin akak tu pelik sebab aku still nak join walaupon takde kawan, mungkin..haha) Then, aku jawablah. A'ah..saya suka camping..(lebih kurang gitulah. Sebab aku dah lupa bait2 perkataan yang aku tuturkan. Hahha..lagi mengarut..

Aku balik uni petang 10 dis tu. Aku terus beli tiket time tu jugak. Then, bas bertolak pukul 3.30 petang. Aku sampai uni pukul 4.50 petang. Punyalah aku kelam kabut naik pejabat KKTF untuk pulang kunci bilik. Sebab office tutup pukul 5pm. 12 Dis tarikh tutup pulang kunci bilik. Roommate aku semua dah pulang kunci time last paper, 3 Dis hari tu. Kenapa aku pulang lambat? Sebab plan aku, aku nak bukak kunci pintu bilik, then baru gi hantar kunci. Tapi sebab aku lambat beli tiket, then, lambat sampai, aku hantar je lah terus kunci tu tanpa membuka kunci bilikku. Sebab bertolak pukul 11 malam kan..Ingat nak stay bilikku. Tapi takpe..apa guna kawan kan. Gi lah stay bilik dia kan.. Tadi cakap takde kawan. Ni stay bilik kawan pulak. Ape ni? Hahaha. Macam ni.. kakak2 yang uruskan kem ni ada buat invitation kat fb utk join kem ni. Yang 'attend' , 'may be' 'not attending' tu.. So, tiba2 aku ternampak kawan sekelas koko aku confirm join kem ni..Dari situlah aku tau yang aku tak keseorangan dalam kem ni.. Hahaha poyo je ayat kan..

Dalam 11 malam, kteorg pon bertolak lah. Ada 2 bas. Eltabina. Budak U aku mesti dah sgt familiar dgn nama bas ni kan. Haha..Btw, dalam bas, aku duduk sebelah Syahira. Atikah dengan Lina. Kteorg disajikan dengan cerita chipmunks. Haha..agak bestlah. Sampai tertido.. Kteorg sampai Nur Lembah Lenggong dalam 6.30am. Sampai2 je, bawak turun beg, then terus gi solat subuh. Pastu baru dapat kunci bilik. Kteorg berempat 1 bilik.. Dalam 1 bilik, ade 12 org. Katil dua tingkat ada 9 buah. 1 bilik air, 1 kipas, 1 air-cond. Agak selesalah kan. Sebab aku pernah gi tempat yg kurang selesa facilities nya. Tapi best dari segi aktivitinya. Huhu..

Lepas tu kan, kteorg gi makan pagi pulak..



Inilah makanan yg aku senduk. Nasi goreng dgn kue teaw goreng. Air teh o. Boleh tahan sedap lah. Macam biasa. Lepas makan, kena cuci pinggan, sudu garpu, cawan sendiri. Then, sambung balik aktiviti. Kteorg disuruh berkumpul kat dalam dewan aktiviti. Tak besar sangat, tak kecik sangat. Yang sedang-sedang saja..Haha..

Sejuk bilik tu. Sebab ada air-cond. Tiga. Aku dah la tak tahan sejuk2 ni. Hidung asyik tersumbat je. Haha. Lepas tu, bermulalah aktiviti.. Cop..cop..sebelum start aktiviti ni, macam biasalah. Kami diberikan 'amanah' iaitu telur ayam untuk dijaga dan dibawa sepanjang aktiviti ni. Huhuhu...Susah wey nak jaga. Bayangkanlah setiap aktiviti nak kena ada dengan kita. Belum apa2 lagi kan, tetiba dah ada telur yang pecah. Tapi akak fasi ganti balik sebab dia ada alasan. Iaitu, pacat ada kat tepi dia. Dia terkejut dan secara tak sengaja, dia tertekan telur yang ada disebelahnya. Ok2..sambung balik pasal aktiviti tu.. Biasalah ice-breaking dulu. Buat kumpulan ikut negeri kelahiran, bulan lahir, warna stoking, ect..dan yang terakhir sekali ialah, bentuk kumpulan ikut bestfriends..Haa..masa nilah kakak2 fasi soh tutup mata..then, perlahan2, diorang tarik kitaorang untuk buat kumpulan yang baru..Pandai kan? huhu..xpelah..at least, dapat kenal dengan kawan2 baru..(positif! haha..)

Lepas tu kan, apa ek..dah tak ingat..haa..lepas tu, macam biasa lagi..kena buat logo kumpulan, siap dengan cheers sekali. Nama kumpulan kitaorang ialah AL-ILTIZAM. Adik yg dalam group kitaorang yang cadang, Aku ok je. Nama kumpulan yang lain ialah, Wondergirls, TOP, Mahmudah, dan yang lain aku tak ingat..hehe..After that, tibalah masa untuk presentation. Kitaorang pass dekat ketua kumpulan, kak mal untuk present. Tiba-tiba, kak fasi cakap, nak yang baju purple present. Ermm..akulah tu. Cuak gak. Dihulur mikrofon kat aku. Aku cakap tak yah pakai mic la..Takde2..pakai jugak..waduh..takpe2..Aku pon mulalah bercakap itu dan ini pasal logo kumpulan kitaorang tu..lepas tu, ada Q and A sikit..last2 dapatlah 50 markah..oklah tu..sebab markah paling tinggi 55... Hehe..

Sebelum tu, terlupa nak bagi tau yang hp, kamera dan barangan mahal yang lain, kena bagi kak fasi utk disimpankan oleh mereka. Nak cakap barang berharga, semua barang ada harga kan..susah nak dapat benda percuma dalam dunia ni kan..(eh, tetiba je..)hehe..Lepas habis presentation tu, kitaorang dilepaskan untuk lunch dan solat zohor dan asar (jamak dan qasar) berjemaah..

Sambung balik aktiviti..kali ni, kena gerak ke kawasann lapang pulak. Keluar dari dewan, turun sikit, dah sampai..Lepas tu, kena buat bulatan besar..kena tutup mata..pastu beberapa minit kemudian, akak fasi kata, siapa yang rasa ada sesuatu dekat belakang dia, gerak ke depan. Aku macam dapat rasa someone lekatkan something kat belakang baju aku. Tapi bila raba2, takde pulak. Tapi ada akak kat belakang tolak aku dengan perlahan untuk ke depan. Rupa2nya, memang ada sesutu kat belakang aku. Sehelai kertas putih. Dalam 5 orang je yang ada kertas putih tu kat belakang baju diorang. Kita 5 orang ni buat bulatan kecik dalam bulatan yang besar tadi. Paham tak? Buat2 paham je lah..tapi mengadap kawan2 lah..Means, kita sorokkan kertas kat belakang kita tu daripada kawan dalam bulatan besar tu.

Antara syarat game ni, kawan2 kat bulatan besar tu kena bagi tau gambar apa yang ada kat belakang badan 4 orang tadi. Tapi tak boleh ada suara. Maknanya, kena guna anggota badan yang lain untuk menerangkan gambar kartun tu. Aku org pertama pulak tu yg kena tayang kertas belakang aku tu kat diorang. Macam-macam gaya yang diorang buat utk bg hints kat aku..Last2 dapat lah aku jawab..Jawapannya ialah Tom..alah, kartun tom and jerry tu. Lepas dah habis game ni, bain bola lak. Bukan bola sepak. Tapi main lambung-lambung bola pakai kanvas khemah tu. Dah la besau. So, kena pegang ramai-ramai and bila lambung bola tu, kena sepakat lah kan. Baru bola tu boleh melambung. Akhirnya kumpulan aku menang..Hehe..

Oh. Lupa nak cakap kan. Ni first time aku join camping yang semua peserta perempuan! Haha..Dah la. Nanti sambung ea. Part 2..

Wassalam.

2 comments:

  1. saraaahhh
    lawak lah enti ni.
    ana tk abis2 gelak bce!
    bgus! bgus!
    tkde gmbr2 lgi ke?

    ReplyDelete
  2. Hahaha..laa..nti baca sampai habis ke?
    ana ingat xde org nak baca tulisan berjela ni..hehe..
    gambar ada..tapi..kte share tmpat lain lah..hehe..

    ReplyDelete