21.11.10

Tag from farhah =))

Tak pernah main tag-tag ni. Ni first time. Farhah yg ajar..Hehe..Tapi sorry lah sangat-sangat ye fa. Sebab lambat. Maafkan patik. Haha..dah start mencarut. Oklah nah lah..

1. Apa benda yang penting dalam hidop korang?

Petunjuk.

Makanan=))

2. Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?

Nasik lauk ayam goreng + sayur kacang. Tapi bukan duit saya..duit parents. Saya tak kerja lagi..hehe

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?

kat Rumah. Haha.. Tema? kaler ke? putih kot..suci. Hehe..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Bercinta tu apa? Hahaha

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Kekasih takde. Macam mana nak tau. Haha..

6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?

Nak kena jumpa ke? Hahaha..

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Majalah..solusi. Tu pon tak habis baca lagi..Hehe

8. Apakah nama penuh korang?
Fa, tak tau lagi ke? oklah..

Sarah Qistina binti Azhar

9. Antara mak dan ayah,yang mana korang lebih mesra?
Tak tahu..mak bila nak story mory, mintak something..ayah bila nak mintak izin, and final decision sama ada benda yang mintak kat mak td diluluskan ke x..Hahaha..

10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Rasulullah.

future husband..^_^"

11. Adakah korang basuh baju sendiri?
Mestilah. Ingat ade ke orang yg sudi nak masukkan baju2 aku dalam mesin basuh? Hahaha..xde kan? Tu kalau kat uni. Tapi kalau kat rumah, selalunya umi yang basuhkan..mestilah guna mesin kan..hehe..bukan malas ok..tapi bila nak basuh je, tgk baju dah hilang..Hehehe..Thanks umi..Luv u..

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Mekah dan Madinah ^_^ (doakan saya)

13. Pilih salah satu,peluk atau cium?
Peluk

14.5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?

  • Tafsir Al-Quran
  • Makanan (termasuk dalam benda kan? sebab makanan bukan org..)hehe
  • Air (pon benda jugak kan? kalau ade makanan, xde air, tersedak karang) lagipon dah merasa pikul air kat tangki bawah [kat uni] sebab ketiadaan air..Sayangi air..Hehe
  • Laptop.
  • Handphone.

15.5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

  • InshaAllah-Maher Zain
  • For the rest of my life- Maher Zain
  • Awaken-Maher Zain
  • Cinta Pertama- Far East
  • Anak Soleh- Aeman

16. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
17 Disember 1991. Sambut kat matrik. Dalam bilik dengan rumet. Mereka buat surprise. Tu pon lagi beberapa jam nak masuk tarikh lain. Huhu..Tapi sgt best. Mereka buat kek buatan sendiri. Aiskrim kek. Best3..Rindu korang..

17. 6 orang blogger yang korang nk tag.

  • Wani Rosli
  • Nur Liyana
  • Nadia Dscarnia
  • Gazos
  • Azizan
  • Syawal

18. cerita sikit bloger yang pertama korang tag.
OH..itu adalah Best Friend saya! Dia sangat baik. Sayang u Wani..


Sekian,

Wassalam..

6.11.10

Tanjung Piai mali..


30 Oktober lepas, subjek Nature Conservation buat lawatan ke Tg. Piai. Dalam 3 buah bas yang pergi. Kebanyakannya pelajar lepasan matrik dan STPM. Ada juga lepasan diploma. Tapi sikit je la. Sebab diorang tak wajib amek subjek ni untuk sem 1. Best jugaklah. Coz dapat tengok pokok-pokok bakau, spesis yang hidup dekat dalam akar pokok bakau dan..dapat tengok kera yang lepas bebas begitu saja..

Sebelum kitaorang dibenarkan masuk melawat, kena dengar ceramah dulu..Actually macam briefing la pasal Tg Piai tu dulu. -penghujung selatan tanah besar asia, byk hidupan dekat sini..seperti KERA. "Kalau kat dalam tu awak nampak kera, yang perempuan janganlah tunjuk yang dia takut walaupum memang takut. Yang lelaki jangan nak jadi hero, nak selamatkan perempuan- baik punya nasihat =)) Lagi awak tunjuk yang awak takut, lagi suka kera tu kat awak. Dalam hati kera : "Oh, perempuan ni takut kat aku..ada chance lah ni aku mintak dia makanan.."- kata penceramah itu ye. Bukan aku reka..Selain itu, buat tak tau je kalau nampak 'mereka'. Ingat! Awak yang masuk tempat diorang. Bukan diorang masuk tempat awak! -Gulp..betol jugak..~hee..

Kera ni jugak suka kat orang pakai baju kaler terang-seperti merah, ia juga suka kepada bau yang wangi- seperti bau makanan. "Jangan awak gatal-gatal bagi makanan dekat kera tu. Sebab kera tu pandai buat muka comel. Kalau dia dah buat muka comel, dan awak pon tergoda dengan kecomelannya lalu memberi kera tu makan, jangan terkejut bila awak toleh belakang, terdapat dua ekor kera pulak. (asalnya sekor je)

Nak dijadikan cerita, masa dah start kteorang punya lawatan tu, tengah jalan syok-syok atas jeti, ada pulak seekor kera kat atas tempat pemegang tangan jeti tuh. Sooo close. Sangat rapat dengan kteorang. Especially roomateku, Intan. Seriously, aku ingat pesanan penceramah tu..Just buat tak tau je..jangan takot..Aku cuba untuk buat bodo..Tapi, aku tak kuat..adrenaline ku sudah sampai ke puncak yang x boleh diturunkan lagi..Sangat takot woo..Aku patah balik sampai ke depan pintu dewan yang tempat kteorang berkumpul dengar ceramah tadi. Sebab apa aku takot sangat? Sebab kera tu melompat dari pemegang tangan jeti belah kiri, ke pemegang tangan jeti sebelah kanan. Then, turun, berdiri betul-betul sebelah kaki Intan. Lagi satu, aku membayangkan yang kera tu akan terkam aku dan merobek aku dengan kukunya..Jahat aku kan? Bersangka buruk kat kera.. Kera tu kan makhluk Allah jugak..Maaf Kera! ;)g

Aku ingatkan dah selamat. Rupanya kat tempat aku berteduh tu pun, ade lagi 3 ekor kat atas bumbung. Kalau mereka lompat, memang depan aku betollah kera-kera ni..Tapi, alhamdulillah..ade 2 orang kawan aku yang baru balik dari jumpa Mr. Tan (tandas). Diorang tanya aku, kenapa tak jalan lagi? Aku cakaplah aku takot kera. Diorang pon cakaplah..tak pe..tak pe..jom jalan dengan kiteorang..Aku pon jalanlah dengan diorang..Korang memang bestlah! Dan sepanjang jalan tu juga aku selamat daripada 'mereka'..

Some photos at Tg Piai B). . .
















FinaL


Dengan ini, disertakan jadual peperiksaan akhirku untuk semester 1.
Pergh..ayat skema je. Hehe..Doakan aku supaya berjaya ye sahabat-sahabat, teman-teman sekalian..=D
Aku tau ada yang dah habis exam. Tp aku tak jeles sangat pon ea..Jeles sikit je..(Sila faham bahawa kadar peratusan kejelesan tu ada walaupon sikit ye) ~Haha..

Enam paper je..Je? byk jugak tu..fuh..dah dah..Tatap ni:



Ganbatte Kudasai Sarah!