6.11.10

Tanjung Piai mali..


30 Oktober lepas, subjek Nature Conservation buat lawatan ke Tg. Piai. Dalam 3 buah bas yang pergi. Kebanyakannya pelajar lepasan matrik dan STPM. Ada juga lepasan diploma. Tapi sikit je la. Sebab diorang tak wajib amek subjek ni untuk sem 1. Best jugaklah. Coz dapat tengok pokok-pokok bakau, spesis yang hidup dekat dalam akar pokok bakau dan..dapat tengok kera yang lepas bebas begitu saja..

Sebelum kitaorang dibenarkan masuk melawat, kena dengar ceramah dulu..Actually macam briefing la pasal Tg Piai tu dulu. -penghujung selatan tanah besar asia, byk hidupan dekat sini..seperti KERA. "Kalau kat dalam tu awak nampak kera, yang perempuan janganlah tunjuk yang dia takut walaupum memang takut. Yang lelaki jangan nak jadi hero, nak selamatkan perempuan- baik punya nasihat =)) Lagi awak tunjuk yang awak takut, lagi suka kera tu kat awak. Dalam hati kera : "Oh, perempuan ni takut kat aku..ada chance lah ni aku mintak dia makanan.."- kata penceramah itu ye. Bukan aku reka..Selain itu, buat tak tau je kalau nampak 'mereka'. Ingat! Awak yang masuk tempat diorang. Bukan diorang masuk tempat awak! -Gulp..betol jugak..~hee..

Kera ni jugak suka kat orang pakai baju kaler terang-seperti merah, ia juga suka kepada bau yang wangi- seperti bau makanan. "Jangan awak gatal-gatal bagi makanan dekat kera tu. Sebab kera tu pandai buat muka comel. Kalau dia dah buat muka comel, dan awak pon tergoda dengan kecomelannya lalu memberi kera tu makan, jangan terkejut bila awak toleh belakang, terdapat dua ekor kera pulak. (asalnya sekor je)

Nak dijadikan cerita, masa dah start kteorang punya lawatan tu, tengah jalan syok-syok atas jeti, ada pulak seekor kera kat atas tempat pemegang tangan jeti tuh. Sooo close. Sangat rapat dengan kteorang. Especially roomateku, Intan. Seriously, aku ingat pesanan penceramah tu..Just buat tak tau je..jangan takot..Aku cuba untuk buat bodo..Tapi, aku tak kuat..adrenaline ku sudah sampai ke puncak yang x boleh diturunkan lagi..Sangat takot woo..Aku patah balik sampai ke depan pintu dewan yang tempat kteorang berkumpul dengar ceramah tadi. Sebab apa aku takot sangat? Sebab kera tu melompat dari pemegang tangan jeti belah kiri, ke pemegang tangan jeti sebelah kanan. Then, turun, berdiri betul-betul sebelah kaki Intan. Lagi satu, aku membayangkan yang kera tu akan terkam aku dan merobek aku dengan kukunya..Jahat aku kan? Bersangka buruk kat kera.. Kera tu kan makhluk Allah jugak..Maaf Kera! ;)g

Aku ingatkan dah selamat. Rupanya kat tempat aku berteduh tu pun, ade lagi 3 ekor kat atas bumbung. Kalau mereka lompat, memang depan aku betollah kera-kera ni..Tapi, alhamdulillah..ade 2 orang kawan aku yang baru balik dari jumpa Mr. Tan (tandas). Diorang tanya aku, kenapa tak jalan lagi? Aku cakaplah aku takot kera. Diorang pon cakaplah..tak pe..tak pe..jom jalan dengan kiteorang..Aku pon jalanlah dengan diorang..Korang memang bestlah! Dan sepanjang jalan tu juga aku selamat daripada 'mereka'..

Some photos at Tg Piai B). . .
















FinaL


Dengan ini, disertakan jadual peperiksaan akhirku untuk semester 1.
Pergh..ayat skema je. Hehe..Doakan aku supaya berjaya ye sahabat-sahabat, teman-teman sekalian..=D
Aku tau ada yang dah habis exam. Tp aku tak jeles sangat pon ea..Jeles sikit je..(Sila faham bahawa kadar peratusan kejelesan tu ada walaupon sikit ye) ~Haha..

Enam paper je..Je? byk jugak tu..fuh..dah dah..Tatap ni:



Ganbatte Kudasai Sarah!

23.10.10

Ikea and I-City

papa, umi, boboy





kaktus lampu

sejuk ke?ala2 overseas.hehe

papa buat discussion..
abang and adik

hannah tido.(olok2)
abang masak.hehe



hannah comel
boboy..
uncle nik and hannah
umi, umi Ama..

megat..

4.10.10

Date di Terengganu ^.^


3 org..3 nama..

gigi pantai

ombak ^_^


subhanaAllah


Indah ciptaan Allah..


ABC saya punya!


tempat kteorg sarapan pagi.



bayang-bayang kaki panjang.haha






bulan di waktu malam.di hadapan pantai batu burok..

pakcik-pakcik yang terlibat dengan xtvt gasing..

antara gasing-gasing yang ade di kawasan pasar payang.
saya berkesempatan pegang salah satu.berat.pegang dua tgn ye.hehe

potrait gmbr kahwin~tidak diketahui siapa.tp chantik!

pakcik ni buat wauu..

kedai yg kteorg buat sesi temuramah.kain batik vs kain pelekat..

baju kelawar..

lagi...

4.8.10

2 perempuan 1 lelaki

Kesah @ Cherita ini bukan lah seperti yang anda sangkakan ok..
Ianya adalah yg berkenaan perjalanan hidup aq ye..nama blog ni pon kan Cherita Sarah..so,aq punyalah..

Sebelum aq smpai UTHM (Universiti Ter Hebat Malaysia)-dipetik dari kata2 naib canselor(kalau x silaplah...jgn iri ye..haha), seperti kebiasaan sebelum masuk U,kenalah pergi buat MC kan...medical check up ..dipendekkan cherita,masa tgh daftar kat salah sebuah klinik di JB, tiba2 akak misi tanya,awk Cik ke Puan?....pergh...

Seterusnya,masa MHS(Minggu Haluan Siswa-minggu orentasi) kat UTHM(baca singkatannya spt di atas ok..haha), tengah2 duduk ni,tetiba kakak kat barisan depan pandang belakang..sekali..Then,she looked at me again..for the second time...aq pon peliklah.aq senyumlah..lepas tu,br akak tu tanya, awak pon dah kah-win ke? (penggunaan pon di situ menunjukkan bahawa kakak tu dah kahwin...aq tau sebab masa pendaftaran hari tu,suaminya sentiasa berada disisinya..-so0o0 sWeETT)

Next, for the 3rd time,on last saturday(after the orientation week)..Masa Kursus Permulaan Graduan..lelaki satu group dgn aq bertanya : Ko dah kah-win ea? Aq jwblah: x..
Pastu,boleh dy x pcaya lg..Pastu dy tnya lagi : Ke ko dah bertunang? Aq jwblah lg: x lah
Muka dy menunjukkan yg dy masih x pcaye..aq buat muka bosanN dan masih menidakkan.

Sebab 2 perempuan dan 1 lelaki ini bertanya adalah berdasarkan sebab yg lebih kurang sama..
Misi atau jururawat: Tu inai tu....
Kakak : Sebab inai dgn cincin tu...ingtkan dah kah-win..
Lelaki: Abis,tu cincin tu? Aq: dah mak aq bagi..aq pakailah.. Lelaki: masih tidak puas hati..
Aq: lantaklah nak percaya ke x..(monolog dalaman) haha

Moral of the Story, bagus jugak pakai cincin ni,protection..org x berani dekat..haha..(^.^)

26.6.10

Having Great Time today!

Salam.

Thanks to wani sebab invited ana to ur mom's school..
Sempena hari terbuka. macam2 ada kat sana.jual2 air,ice cream,burger,cupcakes,chocolate cakes,tudungs.. and yg paling best ialah masuk mini zoo..rm2 per person..kami bertiga(aq,wani and hazwan-twin wani) pon masuk...

Mcm2 haiwan ade kat sana.pelbagai jenis burung,kura2,and byk yg aq x tau nama haiwan tu coz x de label..haiwan yg menarik perhatian kami ialah..ULAR..ade 3 ekor semuanya.tp dy cuma letak kat situ 2 ekor je.yg sekor lg tunggu shift..kalau yg sekor penat,tukar yg sekor lg..and vice versa..

Mmg excited sgt nk pegang ular tu.dah lepas pegang, teringin nk letak ular tu kat tengkok lak.mula2 geli-geleman.so, hazwan letak kat tengkok dia dulu.lepas snap pic,its our turn..(wani and i)..OK..mula2 je letak ular tu kat tengkok,adrenaline dah menjalankan tugas.SGT geli+takot coz kepala dy gerak2..then, x sempat nk tngkap gmbr.ular tersebut diletakkan di tempat asalnya.kecewa.tp kami x brputus asa dan berusaha utk mngatasi perasaan GELI+TAKOT.kami cuba lagi.dan kali ini kami berjaya!lepas tangkap2 gmbr,kteorg letak balik ular itu..ssSSssSs..sgt BEST!hehe..

Then,kteorg tawaf sekolah..singgah kat taman mainan.tangkap2 gmbr..then,tngkp gmbr dgn pony ..its PONY..not HORSE..kalau x, dah ride dah agaknya..kalau nk ride pony tuh RM3..and hanya utk kids ok..

Lepas tu,wani ajak gi padang skolah.kteorg ddk.chating2..and finally..kteorg pon balik..thanks wani sbb ana berasa sgt seronok hari ni..

Harap2 kte dpt gather again k..
Sekian cajalah Cherita sarah utk kali ni..moga kte bersua lg k.
Wassalam.

16:38

22.6.10

packing!

tau masa masih awal
tau rasa macam tak sabar je kan
tau masa tu bukan tunggu kita pon
tau kita yg patut mengisi masa


Ya Allah, moga pilihanku ini diberkati Mu,
dirahmati Mu..mudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat..
UTHM..moga di situ bermulanya titik perjuanganku untuk menuju kejayaan
dalam jurusan sarjana muda kejuruteraan awam dengan kepujian.....