Hello semua. Saya sihat alhamdulillah. Bagaimana anda semua? Saya doakan anda-anda juga berasa dalam keadaan yang sihat-sihat juga ya..:D
Yeah betul.. Berdasarkan tajuk di atas, ni kali pertama aku masak sejak balik Jumaat lepas. Bukan apa. Hari semalam, kelmarin dengan sabtu lepas aku sibuk sikit. Hahaha. Ye ye je sibuk. Tapi betullah. Next entry aku cerita apa yang buat aku sibuk sangat tu eh.
Umi yang cadang masak masakan ni. Umi cakap bahan-bahannya dengan cara-caranya. Aku dengar dan tanya jugaklah beberapa soalan. Sebab ni first time masak guna santan, so cuak kalau x jadi! And takut panas sangat apinya, santan pecah minyak. Tapi, try jugaklah. Tadi bermulalah operasinya. Plang-pung-plang-plung...Siap jugaklah. Bau sedap. Tapi cair! haha..Banyak air..Nice try Sarah! haha..
....................................................................
Encik Ayah pun pulang dari kantornya utk balik lunch.
Ni nak cerita ni. Encik ayah susah nak makan masakan yang anak-anak dia masak. Even kakak aku masak pon tak pernah Encik ayah try. Tadi aku pon tanyalah:
Aku: Pa, nak makan tak?
Encik Ayah: X naklah. Sebab tu papa makan mangga ni. (Sedang mengunyah buah mangga)
Encik Ayah: X naklah. Sebab tu papa makan mangga ni. (Sedang mengunyah buah mangga)
Aku: Dah agak dah. (Cakap dalam hati) haha..
.............................................................
[Beberapa seketika kemudian]
Encik Ayah: Dah siap masak ke?
Aku: Dah..
Encik Ayah: Bolehlah..
Aku: Dengan nasik?
Encik Ayah: (Angguk) Sikit nasik..
Aku: Dengan nasik?
Encik Ayah: (Angguk) Sikit nasik..
Aku: (pergilah mencedokkan nasik dan lauk) Pa, nak sayur x?
Encik Ayah: Sayur apa?
Encik Ayah: Sayur apa?
Aku: Sawi masak tiram
Encik Ayah: X naklah..
[Aku pon meletakkan makanan di hadapan beliau]
Aku pon pergi ke dapur lagi dan datang kembali dengan secawan air sirap. Time tu Encik Ayah dah menyuapkan beberapa kali suapan nasik ke dalam mulut beliau. Aku berdebar sebenarnya. First time kot. Encik Ayah makan masakan anaknya. Selalu mestilah makan masakan Puan umi je kan..Hehe..
Aku: Ok x?
Encik Ayah: Kurang garam
Encik Ayah: Kurang garam
Aku: Masin ke?
Encik Ayah: (Dengan tenang, sebut balik) Kurang garam. Tapi papa ok je..
Aku: (Apelah! papa cakap kurang garam. Bukannya KURANGKAN GARAM! )
Haha..sebab cuak sangat kot. Tunggu penilaian masakan tu lulus ke gagal. Tapi Alhamdulillah.. Bila Encik Ayah cakap yg beliau ok je..and guess what? licin kot pinggan tu..hehe..Tapi Encik Ayah cakap. "Papa cakap nasik sikit je.."
Aku taruk xdelah banyak sangat..Tapi bolehla..Haha..
Oklah..aku dah lapar ni. Aku pon x makan lagi. Haha..
Selamat makan semua! :DD