Hai semua..tadi excited giler nak pegi mengundi. Yelah..1st time mengundi dengan cara yang agak formal kan. Huhu.. Sebenarnya nak cerita yang aku dah menunaikan tanggungjawab mengundi je. Hehe..
Aku pergi mengundi dengan sahabat baik aku kat sini, iaitu Nurul Afizah binti Mahmud. Kami pergi DTII (Dewan Tunku Ibrahin Ismail ) usai kelas Effective Communication pagi tadi. Patutnya kelas start dari pukul 8am sampai 11am. Tapi kelas hari ni habis awal. Pukul 9 lebih dah balik. Memang kelas ni tak pernah balik pukul 11 pon sebenarnya. Hehe..By the way, sebenarnya ada banyak lagi tempat yang disediakan untuk mengundi. Tapi aku tak berapa nak ingat kat mana. Yang paling aku ingat kat dewan. Huhu..~
Ok..Sarah, fokus kepada headings anda! Haha..Dalam pukul 9.45 kami pegilah mengundi. Hoke. Ada polis atau penjaga atau pengawal. Hoke. Kena letak beg kat luar. Hoke. Tak payah bawak pen. Hoke. Kena off handphone. Hoke. Kena off handphone BUKAN SILENT hoke! (saje highlight kan. hehe..) Hoke. Beratur. Hoke. Sorang-sorang dilepaskan masuk dewan.
Lepas tu kan, (penat taip hoke) duduk je kat mana-mana kerusi kosong untuk didaftarkan nama untuk mengundi. Bagi je kad matrik. Pastu, akak tu sebut no matrik, dan kawan sebelahnya masukkan kat komputer. Pastu akak tu uji IQ. Dia soh sebut no I/C..Aku pon dengan penuh yakin sebutlah no I/C aku..haha..Pastu akak tu sebut Qistina and pandang kawan dia. Aku konfius. Dia tak pandang aku pon. Aku nak angguk ni. Haha..Tapi rasanya tak perlu kot. Mereka hanya nak check betul ke no I/C dengan nama je kan..
Lepas dah daftar tu, beratur lagi. Untuk mengundi. Ada 30 komputer semua sekali. 15 kanan, 15 kiri. Tibalah ke giliran aku. Aku punya tempat belakang sekali. Belah kanan. Setiap komputer ada penghadang dia. Yelah. Undi kan rahsia. Hehehe..Aku pon mulalah ticklah 10 orang daripada 23 orang untuk kategori calon umum dan 4 daripada 5 orang untuk calon fakulti FKAAS.
Aku rasa macam lama je duduk untuk mengundi tadi. Hehe. 1st experience kot. Hehe.. Dah lah Sarah. Dah selesai pon..Lepas tu, keluar dewan, adalah dapat saguhati sikit. Ni hah:
Apakah? hehe..
Tadaa..dah nampak dah..
Jeng jeng..ni lah dia..air kotak dan bahulu besar..
Siap bagi resit lagi suruh simpan..