Assalamualaikum!
Nak cerita sikit pasal mengundi. Esok, bersamaan dengan 22 Februari 2011, 19 Rabiul Awal 1432H kampus aku akan mengadakan Hari Mengundi. Aku rasa macam sekitar kampus kat negara kita ni sama tarikh kot..Masa diberi untuk mengundi, 8.30 sampai 5 ptg. Aku pon tak tau apa tindakan akan di ambil kalau seseorang itu tidak mengundi atau membuat undian ROSAK. Hahaha..
Ye.. Aku mengaku. Memang masa mula-mula calon2 MPP ni berkempen, sampai satu tahap, aku rasa macam malas nak mengundi. Malas nak sokong mana-mana. Nak dok atas pagar je.. Senang sikit. Tu yang aku sampai tertanya-tanya apakah implikasi yang akan berlaku kalau kita x pergi mengundi atau membuat undian ROSAK? Hahaha..
Sebabnya, masa kat matrik dulu, awal-awal lagi ada pemberitahuan dan peringatan. Kalau LEWAT mengundi dan membuat undian ROSAK akan dikenakan compound..iaitu..RM 5..Yelah.. walaupon RM 5 je..(bagi yang kaya) pada aku, baik gi beli makanan ke..kenyang sikit kan? haha..
Tapi tu LEWAT..belum TAK pergi mengundi lagi..huhu..Erm..berbalik kepada keadaan sekitar di kampus aku, memang penuh poster-poster dan banner-banner yang digantung di kawasan umum dan tumpuan ramai. Seperti di kolej-kolej kediaman, kawasan laluan pejalan kaki menuju ke Arked (sejenis nama kafe ), di depan foyer kolej kediaman, malah di dalam bas pon ada..Mereka menampal gambar mereka yg ber'kot' itu bersama manifesto2 mereka..
Banyak juga manifesto yang aku setuju dan sokong serta tak lari juga daripada manifesto yang aku rasa 'tak payah pon tak pe'..Apa yang aku dengar, terdapat 23 calon semua sekali untuk bertanding jawatan MPP ini..Tapi tak pasti jumlah secara khusus dalam fakulti dan calon umum. Semalam sempat aku pergi jenguk sekejap para calon berkempen di hadapan kolej kediaman aku, iaitu kolej kediaman Tun Dr Ismail. Pada pandangan mata kasar, memanglah nampak macam mereka bergaduh kan. Sebab apa yang aku boleh simpulkan, terdapat 2 kumpulan dalam kampus aku ni. Satu kumpulan berbaju merah, satu lagi berbaju ungu. Erm..
Aku nak berada kat situ lama lagi..(tengok mereka berkempen dan nak meraih undi) tapi para roommate ku tidak mahu berada di situ dengan lebih lama kerana mereka tidak suka tengok org macam bergaduh dan since hari pon sudah menjangkau 11 malam..(esok kelas kol 8 pagi hoke) hehe..
Selain itu, ni kali pertama aku merasa Hari Mengundi kat uni kan..so, macam excited la jugak..hehe..
Sambung balik, tepat jam 5.31am pagi tadi (mengikut handset aku), terdapat 1 pesanan ringkas, di mana org yg hantar message tu memburuk-burukkan kumpulan 1 lagi (yang aku cerita ada 2 kumpulan tadi tu..) tapi, apa yang aku nak pesan, percayalah, kami, mahasiswa yang sudah pandai berfikir, tidak akan berpaling atas apa yang kami pertegakkan dan apa yang kami rasa betul, dek kerana pesanan yang dihantar itu. Apa yang boleh aku cakap, almost semua kawan2 aku dapat message yg sama dan hampir sama, yg tujuannya menjatuhkan kumpulan yg satu tu..
Tiba-tiba rasa macam formal pulak kan..hehe..tapi isu ni memang perlu diambil serius. Sebab, pemimpinlah yang akan mencorakkan dan menjadi pemacu kepada penggerak agenda universiti..(waahh sarah..pandai-pandai je ko ea.,)hehe..
Tapi, betullah sebenarnya kan..tapi, pada pendapat aku, aku akan memilih muslimin. Seperti yang kita tau, seelok-elok pemimpin mestilah lelaki kan..pastu, beriman, ikut sunnah Rasulullah, jaga aurat, dan aspek-aspek yang lain akan diambil kira juga..
Oklah..nah..sekitar kawasan pancing undi..hehe..
di Pusat Niaga Siswa (PNS) pada pandangan atas..
Sengaja di 'blur' kan..(haha..ye2 je ko Sarah..)
Banyak lagi sebenarnya. Tapi ni je yang aku mampu. Hehe..Erm.. oklah..Kepada semua, marilah memilih pemimpin dengan bijak! 1 undian mampu merubah segalanya..Jom mengundi..
p/s: esok lepas kelas effective communication rasanya gi mengundi..
Wassalam..